Wednesday, November 19, 2014

FCC Foundation - Which will suit your skin?

Assalamualaikum ukhti,
Entri kali ni, Ekyn nak share some info untuk anda yang berminat nak try foundation dari FCC tapi tak tahu yang mana satu yang bersesuaian dengan kulit anda.
So, let's start dengan jenis-jenis foundation FCC yang berada di pasaran sekarang.
Their number 1 best selling foundation is their High Performance Foundation (HP Foundation).
Selain daripada itu, FCC ada juga Stick Foundation & Stay Matte Foundation.

Kita start dengan HP Foundation dulu ya adik-adik.


HP Foundation ni favorite Ekyn guna untuk makeup pengantin. Sebab dia full coverage & tahan lama, lebih kurang 8 jam dan sesuai untuk semua jenis kulit. tak kira kering, normal atau pun berminyak. Semua orang pun boleh guna. Memang tekstur dia halus dan ringan, rasa macam tak pakai foundation pun. Tapi efek dia sangatlah flawless macam kita pakai foundation tebal yang mahal. Kulit nampak gebu and mulus gitu. Istimewa HP foundation ini, ia dirumus khas dengan formula anti-penuaan. So, sesuai jugalah untuk kakak-kakak kita yang berusia sikit. Untuk yang muda remaja pun boleh pakai juga, tak salah pun. Mencegahkan lebih baik dari mengubati! So bila dah ada anti-aging formula ni faham-fahamlah, selain dari menutup cela, foundation ni dapat memperbaiki kulit kita bila kita pakai dalam jangkamasa yang lama. Foundation ni siap ada perlindungan untuk UV Rays jadi tak perlu risaulah nak letak sunblock apa bagai sebelum pakai foundation ni. Complete semuanya dari penjagaan & rawatan kulit, perlindungan sinar matahari & menutup cela, jadi tak payah nak pakai produk berlapis-lapis kat muka. HP Foundation ni ada 5 warna yang sesuai dengan kulit melayu kita, dari yang putih gebu, kuning langsat sampailah ke hitam manis, mesti boleh dapat warna yang sesuai punya.
Kod 05 untuk yang kulit cerah, macam Nora Danish

Kod 06 & 07 pula sesuai untuk cerah sederhana. Cuma beza dia, 06 ni pinkish sikit warna dia ala-ala Neelofa yang hot kot?  And 07 kekuningan sikit, maybe macam Syarifah Sakinah yang comel tu. Btw, Ekyn pun guna kod 07 ni. ^_^


Kod 08 untuk kulit sederhana gelap yang a bit pinky tone, maybe macam Nabila Huda tu.

And 09 sesuai untuk yang berkulit gelap ala-ala Kak Dayang kita.

Next kita cerita tentang Stick Foundation.

Sejujurnya, Ekyn jarang guna yang ni, sebab Ekyn malas sikit nak blend. Ekyn prefer guna liquid, senang, just guna berus, kalau tak ada berus guna jari pun boleh. Macam HP tadi, Stick Foundation ni pun ada keistimewaan dia yang tersendiri. Stick Foundation ni diperkaya dengan vitamin E & kolagen. Dua-dua bahan ni tersangatlah baik kulit merawat dan melindungi kulit. So, kalau anda ada masalah kulit yang agak teruk, bolehlah cuba stick foundation ni. Stick sesuai untuk kulit kering, ianya sangatlah melembapkan kulit, sebab ada vitamin E & kolagen tadi. Jadi kulit yang kering and ada masalah kedutan sangat sesuai. kalau guna dalam jangkamasa yang lama, insyaAllah dapat mengatasi masalah kulit yang sedia ada. Warna-warna dia lebih kurang dengan kod untuk HP tadi, cuma stick ni ada 4 warna saja. Paling cerah 05 dan yang paling gelap 08. So bolehlah rujuk gambar-gambar di atas tadi.

Yang ketiga, Stay Matte Foundation.

Lain dari foundation-foundation yang tadi, Stay Matte dirumus khas untuk anda yang mempunyai kulit berminyak. Stay Matte ni full coverage foundation, jadi ianya dapat menutup cela & parut dengan sempurna. Diperkaya dengan mineral, Stay Matte ni sesuai juga untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Biasanya kulit berjerawat ni kan sangat berminyak. Sebab tu sesuai. Sambil mengawal penghasilan minyak kat muka, Stay Matte akan membantu mengurangkan jerawat.
Stay Matte ada 3 warna sahaja. Yang paling cerah kod 04-Sand Beige, Ekyn guna kod ni. Kulit gelap kod 05-Sun Tan & sederhana kekuningan kod 06-Soft Beige. Memang dia terbalik sikit.

Kalau nak cerita kesitimewaan produk kosmetik dari FCC, they are "Solat Ready". Maknanya di sini, hasil dari kehalusan teksturnya selain formula yang berasaskan air, pihak FCC jamin bahawa produk yang dihasilkan oleh syarikat mereka sah dipakai di bawah wudhu. Selain itu ianya juga sah dibawa solat kerana tidak mengandungi bahan-bahan yang meragukan dari segi syarak, serta proses pembuatan produk FCC dihasilkan sepenuhnya oleh umat Islam dari segi pengurusan hinggalah pengilangan. Jadi gunakanlah tanpa was-was.

Ini saja yang Ekyn dapat kongsikan sedikit info yang Ekyn tahu tentang foundation keluaran FCC. Kalau aa sebarang pertanyaan bolehlah terus ajukan kepada pihak FCC yea. Tak dapek den nak nolong eh. Assalamualaikum sayang semua..